Friday, August 7, 2009

sukaneka...

Posted by arena at 2:43 AM
aku tido umah abang aku malam tadi memandangkan hari ni anaknya yang kat tadika tu ada sukaneka n takda sapa nak hantar jadi akulah drebarnya.
sekian lama tak bangun pagi2, ari ni sesudah subuh tak tido dah. di saat aku menulis ni pun aku masih mengantuk lagi. malam ni aku ke penang balik. familyku suma bergumbira di kl. jeles2...tapi apakan daya coz esok aku ada exam ptd. hurm...
pukul 8.30 pagi kami dah sampai ke tadika. 9 pagi acara bermula. tapi tanpa disangka2 hari ni aku bertemu dengan bekas cikgu matematik aku masa kat mrsm taiping dulu, cikgu halilah dan suaminya cikgu rizalmi. siapa sangka ya setelah 9 tahun tiba2 berjumpa kat kulim ni. rupa2nya cikgu rizalmi dah jadi timb pengetua kat mrsm pdrm tempat aku dulu jugak tuh. hehe...murah rezki..dengan anak2 yang dah nak masuk 4 n comel2 belaka. alhamdulillah...
macam2 jugak acara budak2 tu. junjung pinggan, kutip bola ke dalam bakul, lari dengan selipar tido, jalan sambil golek gelung, musical chair. lawak aja aku tengok budak2 tu berlari2. hehe...
acara tamat lebey kurang kul 11 pagi. pastu ada bacaan yassin dan doa selamat. yang last sekali sure la makan2..hehe...konyang aku membaham. dah nak dekat kul 12 dah baru balik. ngantuk teramat2 aku ini. kapla pun pusing2 jugala. balik sempat gakla tido seround. hehe...

0 comments on "sukaneka..."

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca