Wednesday, October 21, 2009

keretaku...

Posted by arena at 12:12 AM 0 comments
aku mempunyai sebijik kereta yang bernama savvy a.k.a sawi. keta ni amt jadik dua2 bleh pakai auto n manual. aku ska guna manual. alah bukan ada cluth pun. tolak2 aja. hehe...nak dijadikan cerita, keta ni alkisah banyakla masalahnya. barang2 mahal2 lak tuh.mahalla bagi aku yang masih di bawah tanggungan, ekonomi tak menentu nih.
setelah beberapa kali ke proton n banyak jugak dahla benda dibuat, semuanya okla. baru2 ni bila si pakcik bawak dengan gaya autonya, tetiba terus gear tukar neutral n stop tengah duk berjalan tu. menakutkan. huhu...tah dia ke tak reti bawak atau keta tu yang tak reti dibawak aku tak pasti. tapi bila aku bawak dengan gaya manualku, ok ja. takda apa2 masalah.
pastu balik umah, akupun membukala stori mori dengan keluargaku. memang mereka2 ini sudah lama membising suruh menukar kereta tapi aku berat hati sangat. kalau tukar pun bukan duit aku kan. jadi tak perlula aku nak risau2 sangat. tapi yang menjadi masalahnya aku sayang bangat kat keta pertama aku tu. serasa tak mahu berpisah. tapi aku diam ajala. nak bising2 lebih2 pun aku cam takda part ja. di saat itu aku mengumpamakan aku dipaksa kawin, bila dah sayang aku kena bercerai lak. huhu..sadis...apapun, aku kena terima jela. cakap lebih2 sure2 kena fire. tengoklah macam mana keputusan mereka2 itu terhadap diriku. aku sedih...

kalerful hujung minggu

Posted by arena at 12:00 AM 0 comments
seawal jumaat pakcik ku telah mengambil cuti untuk bersama2 aku di penang menyambut anibersari kami yang ke...agak lama juga la rupanya hubungan kami ni dah. bukan tanpa disedari tapi memang aku menyedarinya. huhu...
hujung minggu yang amat memenatkan tapi tak dinafikan memang hepi la. sapa tak hepi dapat bersama dengan orang yang disayangi kan. habis tempat2 makan di penang ni kami tawaf. almaklumla kami ni dua2 kuat makan. dah tu kat belah2 sana makanannya tak berapa nak sodap kan. ambil kesempatan ni lah untuk menghilangkan kempunan. aku pun semenjak dah setengah tahun dia tak di sini bersama aku, takla rajin sangat aku nak menjengah tempat2 faveret kami dulu. bukan apa, agak kurang menarik bila selalu pergi bersama tapi tetiba dia takda kan. pelik rasanya...
sesi bertukar2 hadiah sesama kami pun berlangsung pada hujung minggu yang lepasla. habis banyak jugala. huhu..tu lah pasal nak kena berjimat sejimat2nya sementara nak tunggu gaji nih. hehe...hadiah dibeli berdasarkan keinginan sendiri la. dulu2 blehla nak wat2 surprise tapi sekarang tidak lagi. beli ja apa yang pasangan nak. kan lagi senang. aku pun dah takla nak romantik2 cam dulu. malah dah ada pilihan dan keinginan sendiri dah. hehe...bukan slalu nak dapat kan. setahun dua kali ja. hik2..
habis menghantar dia ke stesen bus, dah mulala berlagu sedih dalam hati ni. berat rasanya nak berpisah. jadi secara otomatiknya dia memberi cadangan untuk aku pulang ke kg. takla aku sedih sangat kan. ok jugak tuh. lagipun selasa baru aku ada kelas. menyahut cadangan dengan jayanya, sejurus bas nya meluncur laju, sawiku juga meluncur laju membelah jambatan untuk pulang ke kulim. yeahh...memang berkesan cadangan itu. hilang kesedihan di hati. thank u bebeh..
jadi pertemuan kami yang seterusnya dirancang pada hari sebelum raya haji. tiket dah book dah pun. hehe...semoga lah segalanya berjalan dengan lancar..



















ulang tahun ke 4...

Tuesday, October 13, 2009

sifat buruk tak mudah dikikis

Posted by arena at 12:13 PM 0 comments
cemburu satu perkataan yang aku kira agak sinonim dengan kaum hawa la. aku sendiri pun punya perasaan cemburu yang agak kuat jugak tapi mungkin aku tak berapa nak tunjuk. tapi kadang2 yang bahayanya bila perasaan tu tak ditunjuk, ia akan jadi membekas di hati dan boleh membuatkan aku bertindak balas di luar jangkaan. kadang2 aku kumpul2 hingga akhirnya seolah2 menjadi macam misi membalas dendam. even pada orang yang aku sayang sekalipun kan. bila dah membusung dalam hati tu, dendam tetap perlu dilunaskan. macam dah tak kisah apa nak jadi pun lantakla. yang aku tau aku nak orang tu faham aku dan pandai2la cari cara camna nak redakan marah aku tu. kalu tak reti, pandai2la tanggung akibatnya. huhu...
kadang2 juga aku cuma nak belakon ja jadi macam tu tapi terbawa2. mungkin terlebih menghayati kot sehinggakan aku rasa aku betul2 menjadi seperti dalam situasi tu yang membuatkan aku nak bertindak macam yang aku lakonkan. mungkin satu cabaran barangkali. aku punya sifat ego yang membuatkan aku tak mudah tunduk dan aku nak orang tunduk pada aku. sifat yang buruk tapi seolah2 satu kemegahan. kadang2 bukan apa, mungkin itu bukti betapa aku penting terhadap orang yang penting bagi aku. hurm...kadang2 juga aku terasa seperti nak bertindak kejam dan seolah2 mencabar orang yang berinteraksi dengan aku tu. untuk membuatkan dia membuktikan sesuatu yang aku nak dia buktikan. memang tak bagus tapi agak memuaskan hati. aku mencari seorang yang memahami. aku mencari seorang yang sanggup berkorban segala-galanya kerna aku tahu aku jenis yang sanggup berkorban segala-galanya hatta nyawa sekalipun. mungkin itu tujuannya aku perlu bukti aku memilih sesuatu yang tepat dalam hidup aku...

yang ke empat...

Posted by arena at 12:07 PM 0 comments
8 oktober adalah tarikh yang amat bermakna bagi kami. tahun ni adalah tahun yang ke empat. tapi untuk pertama kalinya tidak disambut seperti sebelum2 ni. agak sedih dan terkilan. tapi mungkin aku kena faham yang situasi kali ni tak sama. agak sedikit kesabaran diperlukan.
aku mungkin terpengaruh dengan cerita2 novel yang indah2 dan romantis2 belaka. bila tak berlaku dalam realiti, kuciwa jugakla. tapi yela, mimpi tak seindah kenyataan...
mungkin jugak suatu masa nanti ada hari yang dapat disambut dengan sangat indah dan meninggalkan kenangan yang sangat manis dalam hidup...