Wednesday, October 21, 2009

kalerful hujung minggu

Posted by arena at 12:00 AM
seawal jumaat pakcik ku telah mengambil cuti untuk bersama2 aku di penang menyambut anibersari kami yang ke...agak lama juga la rupanya hubungan kami ni dah. bukan tanpa disedari tapi memang aku menyedarinya. huhu...
hujung minggu yang amat memenatkan tapi tak dinafikan memang hepi la. sapa tak hepi dapat bersama dengan orang yang disayangi kan. habis tempat2 makan di penang ni kami tawaf. almaklumla kami ni dua2 kuat makan. dah tu kat belah2 sana makanannya tak berapa nak sodap kan. ambil kesempatan ni lah untuk menghilangkan kempunan. aku pun semenjak dah setengah tahun dia tak di sini bersama aku, takla rajin sangat aku nak menjengah tempat2 faveret kami dulu. bukan apa, agak kurang menarik bila selalu pergi bersama tapi tetiba dia takda kan. pelik rasanya...
sesi bertukar2 hadiah sesama kami pun berlangsung pada hujung minggu yang lepasla. habis banyak jugala. huhu..tu lah pasal nak kena berjimat sejimat2nya sementara nak tunggu gaji nih. hehe...hadiah dibeli berdasarkan keinginan sendiri la. dulu2 blehla nak wat2 surprise tapi sekarang tidak lagi. beli ja apa yang pasangan nak. kan lagi senang. aku pun dah takla nak romantik2 cam dulu. malah dah ada pilihan dan keinginan sendiri dah. hehe...bukan slalu nak dapat kan. setahun dua kali ja. hik2..
habis menghantar dia ke stesen bus, dah mulala berlagu sedih dalam hati ni. berat rasanya nak berpisah. jadi secara otomatiknya dia memberi cadangan untuk aku pulang ke kg. takla aku sedih sangat kan. ok jugak tuh. lagipun selasa baru aku ada kelas. menyahut cadangan dengan jayanya, sejurus bas nya meluncur laju, sawiku juga meluncur laju membelah jambatan untuk pulang ke kulim. yeahh...memang berkesan cadangan itu. hilang kesedihan di hati. thank u bebeh..
jadi pertemuan kami yang seterusnya dirancang pada hari sebelum raya haji. tiket dah book dah pun. hehe...semoga lah segalanya berjalan dengan lancar..



















ulang tahun ke 4...

0 comments on "kalerful hujung minggu"

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca