Saturday, July 10, 2010

single and available..

Posted by arena at 11:01 PM 2 comments
i am single n available right now!!!

at first memang tersangat2 sedih dengan apa yang telah berlaku. pertama kali dalam hidup aku dicurangi. yela, inipun hubungan pertama aku. mestila pertama kali kan...
sangatlah pedihnya Tuhan saja yang tahu. lebih pedih lagi kerana ikatan yang terjalin ini putus di tengah jalan.

tapi itulah, manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...
dah ditakdirkan perjalanan hidup aku begini aku harus terima.

perasaan aku sukar nak digambarkan sekarang ni. tak percaya, tak sangka, takmau terima, semuanya bercampur baur. tapi yang pasti, aku harus terima...

so, from now on, aku adalah seorang yang single dan available...:)

Saturday, June 19, 2010

ada sesetengah orang memang takda perasaan!!!!

Posted by arena at 5:07 AM 0 comments
skang aku baru sedar rupa2nya memang ada sesetengah orang memang tak punya ati dan perasaan...entah samada lupa diri atau memang tak sedar diri sampaikan orang2 yang rapat, dekat dan disayangi pun cam dah takda makna bagi manusia2 itu.

serius aku tak paham. satu masa dulu kita macam kenal sangat tapi tiba2 macam tak kenal langsung manusia begitu. memang sekali air bah, sekali pantai berubah. tapi tak sangka semudah itu la manusia bleh berubah kan...

apa yang patut korang buat kalau orang yang korang sayang berubah? nak tolong ubahkan balik? nak buat taktau ja? bersabar? harus ke bersabar dengan orang yang dah lupa diri dan dah tak reti nak menghargai makhluk Tuhan yang lain langsung? ada sesetengah manusia memang tersangatlah pentingkan diri. mungkin ada hikmahnya mengapa kita bertemu dengan orang2 yang begitu. harus positif...

Saturday, May 8, 2010

depressed!!!!!!!

Posted by arena at 8:25 AM 0 comments
semuanya tak berjalan lancar sekarang ni.
aku sangat2 depressed..taktau nak cakap macamana.
aku sendiri tak pasti kenapa semua ni mesti berlaku. tapi apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

tak tahu nak buat apa dan berkelakuan bagaimana.
sakitnya hati hanya tuhan sahaja yang tahu. pedih dan perit. sedih tak usah dikata.

apapun, harus tabah. tak ada yang tak boleh diatasi!
aku harus kuat.
abaikan semua yang berlaku...
masa akan menentukan segala.

Wednesday, April 28, 2010

ngomel...ngomel...

Posted by arena at 9:08 AM 0 comments
makan, tido...bagus..tambahkan berat. makan lak tak hengat donia. gud2..

ari ni masak sardin dua tin. habis kedua2nya. nasi dua kali masak juga habis. bagus. rupanya ini makanan kegemaran mereka. tak payah susah2 cuma aku ja yang malas. lega tengok periuk kosong. kalu tak ari2 aku buang nasi tak habis. cepat sangat basinya.

elok tengah duk masak adala plak panggilan tepon kan. aku takmau bayang rupa orang yang bercakap tu coz percakapan dia langsung tak menyenangkan ati. napala manusia2 ni eh? bercakap ikut sedap mulut aja. tapi at last sendiri yang salah sebenarnya. tula orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. tapi nak buruk padah apa kenal pun tak kan. lantakla. kalu aku leh cabai, aku cabai2 aja. emo lak aku ni. biarla dia. nak marah pun tak boleh nak marah. cuma sedihla bila orang cakap main ikut sedap aja. laser bangat kamu ya..

malam ni makan kat malee. nampak keadaan semakin ok.
memangla ok kalu cool down aja. buat tak nampak suma benda. takdala perkara berbangkit. apapun agak tak best sebab tak berapa sama cam sebelum ni. ngantuk punya pasal kot. apa2 jela...

aku nak tido memandangkan fesbuk takleh nak buka. habis basila makanan2 aku.
gudnite..

Monday, April 26, 2010

cekodok pertamaku...

Posted by arena at 8:43 AM 0 comments
hari ini dalam sejarah...

kalau orang seumo dengan aku dengar pasti gelak guling2. patutkah anak dara yang dah lebih suku abad baru 1st time buat cekodok seumo idupnya sampai kena refer resipi? tetambah lak anak dara tu dengan beraninya bergelar tunang orang. itulah aku. hua2....

hari ini hari pertama aku cuba membuat cekodok kerana kata kakakku anak2nya kalu cekodok laju ja makan. pisang kat umah ni pun taktau nak buat apa. bukan ada orang makan pun. lalu berbekal resipi yang aku tengok kat internet (nak tanya kak aku malu), aku membuka langkah pertama membuat cekodok. selama ni ingat susah sangat. rupanya senang ya amat. adoila...napa dari dulu aku tak buat. hehe...

tak reti nak agak tepung banyak mana. blasah ajala. goreng kasik itam sket cam mak aku slalu buat. rasa2...not bad. menjadik cekodok aku. bangga2...dan memang betul pun habis adunan aku goreng seiring dengan itu habis suma cekodok dimakan. wah!!! esok lusa leh wat lagila. pisang pun banyak lagi kat dapur.

sekianlah cerita aku dan cekodok pertamaku...(bangga2..)

Saturday, April 24, 2010

bibik oh bibik...

Posted by arena at 9:49 PM 0 comments
selama ni ari2 sibuk dengan kelas. ari2 ulang alik kulim penang. terasa hari sangat sibuk. aku suka kehidupan begitu.

tapi tak semena-mena bermula 22 april lepas aku umpama penganggur. huhu...sepatutnya masa2 macam ni la aku perlu tumpukan untuk habiskan penulisanku dan rileks tapi terasa kosong dengan perselisihan faham yang berlaku. otak ni tak boleh berhenti berfikir. terasa nak sangat keluar jalan2. adoila...tensi2...

hingga 1 mei depan aku akan menjadi seorang bibik yang tak bertauliah di rumah kakakku memandangkan dia ke abu dhabi selama seminggu atas urusan visa. aku di sini bertugas sebagai pemantau rumah, penyedia makanan dan penjaga baby yang berumur 11 tahun iaitu baby inyan...hanya seorang yang paling kecik dalam umah ni dan perlu dijaga. bukan kerja berat pun kan. cuma duduk2 santai2...tapi masalahnya aku dah taktau nak buat apa dah ni. nak kuar takda transport. mati kutu...

memandangkan di rumah kulim pun aku ni bukan seorang yang rajin, makanya di sini pun aku bukanlah seorang yang rajin juga. buat2 sibuk aja sebenarnya malas ya amat. tapi kalu tak buat keja, apa lagi yang aku nak buat kan? adoila...bantulah aku...seminggu kelas aku kensel. terasa lama jugakla. matila nak mengganti lepas ni kan. huhu...apapun supposely aku kena anggap ini percutian aku n enjoy it. tapi masalahnya duk terperuk kat umah aja ni. dah cam suri rumahtangga la plak. hua, hua...bibik jue...

diriku bukan aku...

Posted by arena at 6:49 AM 0 comments
Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu