Saturday, August 22, 2009

satu ramadhan...

Posted by arena at 8:06 AM 0 comments
hari pertama ramadhan dilalui dengan jayanya. alhamdulillah...
permulaan ramadhan ni takla rasa letih sangat. sekejap ja rasa masa berlalu. setakat dua malam ni dapatla aku dua kali terawih dah wpun 8 rakaat ja. esok tak terawih dahle tuisyen sampei malam. harap2 bulan posa ni setakat mana yang aku leh terawih tu kalau bleh aku taknak tinggal. insyaallah...
berbuka puasa pertama ni dengan udang masak kari menu spesial ibu ku, telur special buatan aku, daging buatan kakak iparku, cucur udang sedap ibuku serta air bandung yang menggamit2 perasaanku. sedap tuh...kembung perut aku makan. bila pi terawih imam lak baca surah2 panjang2. hau2 la jawabnya...adehla...

Friday, August 21, 2009

silent week is not silent anymore...

Posted by arena at 8:32 AM 0 comments
setelah beberapa hari menyilentkan diri, hari ini terbercakap jua..mungkin bersempena ramadhan yang mulia ini jadi kenalah bermaaf-maafan atas apa jua kesalahan..apapun alhamdulillah la dah selesai. tapi dalam ati aku masih belum selesai sebenarnya. masih ada saki baki yang tertinggal tapi harap2 terhapusla nanti. pagi2 aku terima emel pohon kemaafan. entah untuk apa aku tak pasti. jadi aku rasa bersempena bulan mulia ni ajala. petang aku terima call. nak keraskan hati pun tak sekeras manala. akhirnya ok balik.
hari pertama ramadhan kami sama2 sambut di rumah keluarga. syukurla tahun ni aku dapat selalu berbuka di rumah. malas rasanya nak berbuka sorang2 di penang tu. dan aku syukur juga kehidupan kami lebih teratur dari sebelum ni dan dia tak tension2 setiap kali tiba hari2 yang sepatutnya disambut dengan keluarga. bagusla..aku harap dia bahagia selalu...
sempena ramadhan yang mulia ni semoga kita bermaaf-maafan antara satu sama lain dan semoga ramadhan kali ni lebih memberi keberkatan kepada kita. kalau boleh hari yang aku leh pi terawih tu aku harap2 aku tak tinggal n tak malas2 tahun ni. insyaallah...

Wednesday, August 19, 2009

silent week...

Posted by arena at 10:02 PM 0 comments
aku rasa minggu ni akan jadi minggu yang senyap bagi aku. duk bertafakur kat dalam rumah menyiapkan apa2 yang patut, perang dingin dengan pakcik ku, pendek kata duk diam2 wat hal sendiri la. mungkin juga satu perkembangan yang baik bersempena dengan bulan puasa ni kan. banyakkan bercakap hal2 yang berfaedah dan kurangkan bercakap hal2 yang lagha. harap2 aku pun begitu juala. masuk ari ni dah dua hari makan benda merapu2 kat umah ni. nak keluar pun malas. berhibernasi je aku ni. kuar beli makan malas. masak ja apa yang ada. kuar pun sebab tuisyen. dunia yang tak berkembang langsung.
bulan posa yang bakal tiba ni aku harap amalan aku dapat bertambah dan berat aku dapat dikurangkan. dapat kurang 5 kelo pun jadila. berat sangat dah ni. huhu...mungkin dengan silent week yang berlangsung ni akan dapat membuatkan aku mencapai matlamat aku. bukan apa, raya nanti mesti makan banyak punyala. kalu tak turun masa bulan posa, raya makin berganda2 la. tak sanggup...dahla aku ni tak pernah merasa zaman remaja yang selim melim. at least sebelum berduet nak jugala merasa selim melim kan...
untuk pakcikku yang kehilangan makciknya yang tersayang aku cuma harap dia tabah menghadapi dan tak dibelenggu rasa bersalah terlalu lama. mungkin ada hikmahnya silent week ni bagi dia. aku tau aku bersalah menambahkan beban. tapi apakan daya aku juga manusia biasa. ada keinginan. kalau tak tercapai pasti akan marah dan tak berpuas hati. mungkin juga saat ni dia tak perlukan aku. jadi tak perlula aku hadir.

Friday, August 14, 2009

kecapek..an...

Posted by arena at 1:44 AM 0 comments
aku suka dengan life sekarang. hidup yang tak terikat tapi sibuk. aku bolehla dikatakan insan yang sibuk sekarang. berusaha menyiapkan penulisan ku yang alhamdulillah sudah hampir siap. berkerja sebagai pembantu penyelidik yang tak bertauliah. huhu...adala juga inkam kan. dan yang paling membzkan aku adalah tuisyen. kelas bersusun. rezki murah tahun ni kan. tapi masih aja duit tak mencukupi. entahla kenapa ya. aku makin tak terurus dengan kelas yang banyak. syukurla subjek yang banyak adalah bm. takla aku serabut kepala sangat.
misi hidup aku sekarang ni adalah mengorganizekan diri aku kembali..aku harus lakukan tu. dengan jadual pulang ke kampung aku. jadual jumpa pakcik kenala tolak tepi dulu memandangkan uang yang tidak mencukupi. huhu...sedey...
aku berhasrat nak mengumpul uang yang bolehla dikatakan simpanan pada diri aku kan memandangkan selama ni aku bukannya ada simpanan. adehla..apa nak jadi la aku ni...
pastu kena lunaskan hutang2 yang membelenggu ni. antaranya:
1) hutang abah (keta punya hal la..)
2) hutang along. eh, silap..ptptn la....(dah dapat surat warning kali keberapa entahla ni)
3) hutang lain2...(apo tah...)

semogala aku dapat melunaskan hutang2 tersebut wpun sedikit sedikit asalkan habiss...

Saturday, August 8, 2009

rindu terasa...

Posted by arena at 7:44 AM 0 comments
sudah tiga hari 'pakcik' ku ke btn. sekejap2 aja dapat bercakap. kadang2 dapatla semesej dua. padat kan xtvt kat sana. aku jadi kerinduan sudah ni. apakan daya kenala terima kan. adala lagi dua hari untuk habis btn tu.
hari ni dapat cakap lama sikit. ada banyak sikit masa terluang kot. hehe...sempatla bertanya2 juga xtvt di sana. tak sabar rasanya nak tunggu habis. leh sembang lama2. banyak benda nak cerita nih. hehe....

exam...

Posted by arena at 7:35 AM 0 comments
tamat sudah exam ptd aku ari ni. seperti biasala memang memeningkan kepala tapi hantam sajala. kelmarin rajin jugak aku study sampai pukul 2 pagi. tapi apapun kira last minit gakla tuh. hehe....
bahagian2 lain aku rasa ok jugakla. tapi yang agak tak puas hati tu esei bahasa inggeris la. dalam kepala rasa berlegar2 ja idea tapi bila nak diluahkan, tak terluah dengan perkataan. huhu...almaklumla aku tak bijak sangat bahasa2 mat saleh ni. apapun harap2 lulus la kali ni. aku takut aku akan meningkatkan kadar pengangguran di malaysia ni aja. hurm...
pagi tadi pegi sempat sesat lagi. elok2 3 minit sebelum exam mula aku sampai. syukurla...bila sampai mata melilau gak mencari insan2 yang dikenali. ada waktu terluang aku keluar dari dewan. sapa sangka jumpa sorang x-classmate aku kat situ. tapi malangnya dia begitu sibuk sekali. langsung tak sempat bertegur sapa. ingatkan nak makan thari sekali memandangkan aku takda geng tapi takda harapanla....
kuar rehat nak makan aku taktau nak g mana. melilau sekejap. tengok2 jumpa ngan x-skolmate aku dulu. huhu...jodoh2..dia pun taktau nak p mana. kebetulan sangatla tu. kami pun keluar makan bertiga. tah nak p mana, singgah di kfc ajala. siap membaham, balik sekolah carik surau. penin2 kejap nak solat di mana memandangkan sekolah mat saleh. tapi ada jugak surau. lega2...
balik jemming lak kat jeti. lambat la sampai umah. sampai kawasan umah plak pasar malam. adehla, sure tak dapat parking. susah2....parking dalam dulula. pastu obah.....

Friday, August 7, 2009

sukaneka...

Posted by arena at 2:43 AM 0 comments
aku tido umah abang aku malam tadi memandangkan hari ni anaknya yang kat tadika tu ada sukaneka n takda sapa nak hantar jadi akulah drebarnya.
sekian lama tak bangun pagi2, ari ni sesudah subuh tak tido dah. di saat aku menulis ni pun aku masih mengantuk lagi. malam ni aku ke penang balik. familyku suma bergumbira di kl. jeles2...tapi apakan daya coz esok aku ada exam ptd. hurm...
pukul 8.30 pagi kami dah sampai ke tadika. 9 pagi acara bermula. tapi tanpa disangka2 hari ni aku bertemu dengan bekas cikgu matematik aku masa kat mrsm taiping dulu, cikgu halilah dan suaminya cikgu rizalmi. siapa sangka ya setelah 9 tahun tiba2 berjumpa kat kulim ni. rupa2nya cikgu rizalmi dah jadi timb pengetua kat mrsm pdrm tempat aku dulu jugak tuh. hehe...murah rezki..dengan anak2 yang dah nak masuk 4 n comel2 belaka. alhamdulillah...
macam2 jugak acara budak2 tu. junjung pinggan, kutip bola ke dalam bakul, lari dengan selipar tido, jalan sambil golek gelung, musical chair. lawak aja aku tengok budak2 tu berlari2. hehe...
acara tamat lebey kurang kul 11 pagi. pastu ada bacaan yassin dan doa selamat. yang last sekali sure la makan2..hehe...konyang aku membaham. dah nak dekat kul 12 dah baru balik. ngantuk teramat2 aku ini. kapla pun pusing2 jugala. balik sempat gakla tido seround. hehe...

Monday, August 3, 2009

rahsia bulan kelahiran

Posted by arena at 7:29 PM 0 comments
dari Dato' Fadzilah Kamsah. lehla check it out korangnya bulan2 kelahiran...

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan terlalu moody.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

JUN

Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan

JULAI

Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik

OKTOBER

Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

bintangku...

Posted by arena at 7:19 PM 0 comments
hari ini terajin sudah...jadi mencari2 bintangku untuk hari ini. apa maknanya?...

Bintang kamu : Pisces, 04 Agustus 2009

Jika kamu merasa bahwa kamu telah meninggalkan mimpi kamu, coba cari cari lain untuk mendapatkan kesempatan meraih mimpi kamu. Kamu dapat melakukan jika kamu percaya pada diri sendiri.

pagi yang terang...

Posted by arena at 7:10 PM 0 comments
rumah sewa aku malam2 hot tapi pagi2 kan main sejuk lagi. tu yang membuatkan aku asyik terlajak tido tuh. tapi pagi ni aku bangun awal dari biasa. alah, awal sejam aja pun...
siap2 pegi opis then sampai2 tengok keta supervisor aku ada. serasa malas sekali nak berjumpa. kelmarin aku msj dia wat donno aja. huhu...aku malas nak pegi conference nih. aku malas nak hantar n buat abstract nih. adehla...lagi satu, bila aku nak dapat gaji? huwaaa...sengkek sangat2 dah ni.
pagi2 sampai check emel. takda plakla emel dari supervisor aku tuh. tah dia tengok tah idakla abstract aku tuh. ish, ikut ati malas nak kisah. baik aku buat penulisan sampai habis (ceh, konon...tak habis2 jugak...)
pagi yang indah ini aku sarapan roti dengan telur. kenyang jugakla. thari sat g ada lunch date. dah berkurun lamanya minah cina tu duk ajak aku lunch. slalu aku bz. ewah...(sebenarnya aku malas coz dia dah siap study aku jugak yang sangkut2 lagi..). jadi kelmarin dah set date dah ngan dia lunch. akhirnya...
dari semalam encik aku tak kol. entah apa kena tah. lena tak sedar2 kot. p opis lak keja banyak. terusla hilang ingatan pada aku. apa2 ajela...
jadi bermula pagi yang terang ini, harap2 sepanjang hari ni bakal terangla untuk aku...

Sunday, August 2, 2009

ujung minggu yang sadis...

Posted by arena at 9:53 PM 0 comments
planning nak jumpa pagi2 dah jadi petang dah. rasa membuak2 dan mendidih2 juga di hati. tapi bila mana muncul depan mata, sejuk aja rasanya....
kami ke penang shopping2 barangan untuk dibawa ke btn ujung minggu ni. melayang lagi uang...aduhla...sengkek bebeno rasanya bulan ni. gaji lum dapat. duit tucen lak lambat lagi. hurm...menyara idup secara bersederhana la..
sekejap aja dapat jumpanya. seperti biasa 5.30 petang dia naik bus. bermulala episod sedih dari aku yang konon2 keras hati. kemaafan dipinta tanda aku menyesali sikap aku sebelum ini. huhu...tapi tak apa katanya. asalkan reda marah di hati. itu yang penting dari aku bersikap memendam dan meletus di kemudian hari. hurm...sadis rasanya..aku janji takkan aku ulangi sikap buruk macam tu lagi.
aku hanya dapat menghantar separuh jalan ja sebab tucen kul 5. huhu...sedey...apapun selepas ni lambat lagila nak dapat jumpa. lagipun fulus udah tak ada. huhu...kena simpanla kenangan buat bekalan idup nih supaya takla rindu2an sangat...

Saturday, August 1, 2009

terlajak kata...

Posted by arena at 7:46 AM 0 comments
hari ini aku telah keluarkan satu perkataan yang kurang elok.
geram yang amat sangat rasanya sehingga kan aku mampu mengeluarkan perkataan itu. namun beberapa jam kemudian terasa ada sedikit penyesalan. entah patut atau tidak aku cakap begitu tapi yang pasti aku tersangat geram. terasa bagai anak patung yang tak punya perasaaan.
apakah perlu mengikut mood sendiri hingga tak memikirkan perasaan insan lain? sedikit sebanyak aku rasa tak patut. apatah lagi jika pertanyaan itu cuma sekadar concern. terasa sakit juga di hati.
tapi apapun sebagai seorang perempuan, aku sepatutnya jaga tutur kata. entahla...apapun aku hanya mampu meminta maaf di sini. walaupun sejujurnya aku puas dapat menghamburkan kemarahan aku. apa ingat aku tak punya perasaaan n tak ikut mood ka???? cuma nak jaga hati orang ja...