Wednesday, August 19, 2009

silent week...

Posted by arena at 10:02 PM
aku rasa minggu ni akan jadi minggu yang senyap bagi aku. duk bertafakur kat dalam rumah menyiapkan apa2 yang patut, perang dingin dengan pakcik ku, pendek kata duk diam2 wat hal sendiri la. mungkin juga satu perkembangan yang baik bersempena dengan bulan puasa ni kan. banyakkan bercakap hal2 yang berfaedah dan kurangkan bercakap hal2 yang lagha. harap2 aku pun begitu juala. masuk ari ni dah dua hari makan benda merapu2 kat umah ni. nak keluar pun malas. berhibernasi je aku ni. kuar beli makan malas. masak ja apa yang ada. kuar pun sebab tuisyen. dunia yang tak berkembang langsung.
bulan posa yang bakal tiba ni aku harap amalan aku dapat bertambah dan berat aku dapat dikurangkan. dapat kurang 5 kelo pun jadila. berat sangat dah ni. huhu...mungkin dengan silent week yang berlangsung ni akan dapat membuatkan aku mencapai matlamat aku. bukan apa, raya nanti mesti makan banyak punyala. kalu tak turun masa bulan posa, raya makin berganda2 la. tak sanggup...dahla aku ni tak pernah merasa zaman remaja yang selim melim. at least sebelum berduet nak jugala merasa selim melim kan...
untuk pakcikku yang kehilangan makciknya yang tersayang aku cuma harap dia tabah menghadapi dan tak dibelenggu rasa bersalah terlalu lama. mungkin ada hikmahnya silent week ni bagi dia. aku tau aku bersalah menambahkan beban. tapi apakan daya aku juga manusia biasa. ada keinginan. kalau tak tercapai pasti akan marah dan tak berpuas hati. mungkin juga saat ni dia tak perlukan aku. jadi tak perlula aku hadir.

0 comments on "silent week..."

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca