Wednesday, April 1, 2009

resign..resign...

Posted by arena at 8:46 PM 0 comments
aku telah berhenti dari pusat tuisyen yang ku ajar...
aku kehilangan mood untuk mengajar.
aku mengajar tingkatan 3 dan tingkatan 2 subjek bm
tingkatan 3 ok tapi aku tak boleh go on dengan ting 2.
tah kenapa budak2 zaman sekarang begitu biadap sekali.
langsung tak menghormati guru dan orang yang lebih tua.
aku jadi sakit hati dan mengikut emosi.
tapi aku sayang sekali nak meninggalkan pelajar2 ting 3 aku.
apakan daya..doa aku semoga mereka berjaya selalu.
aku hairan kenapa pelajar2 sekarang sangat2 tidak tahu menghormati guru.
bersikap biadap dan buruk di dalam kelas seolah2 guru perlu patuh pada mereka.
sakit hati aku mendengar bilamana mereka berbangga guru2 di sekolah takut dan tidak tahan mengajar mereka. bangga kah macam tu? aku sungguh tak memahami...
bila aku mengajar, baru aku tahu macam mana perasaannya guru2 sekarang. sukar sekali melakukan tugasan murni yang diamanahkan.
seharusnya mereka dihargai dan dihormati selalu.
aku berharap pelajar2 sekarang lebih berfikir dan tahu menghormati orang yang lebih tua dari mereka.
bukan setakat guru, ibu bapa pun ditengking2.
aku pernah melihat sendiri depan orang ramai ditengking ibu nya. pelik sungguh.
mereka2 ini perlu memuhasabahkan diri sebelum terlewat dan keadaan menjadi lebih buruk lagi.