Thursday, December 24, 2009

12 Cara Untuk Tahu Bahawa Anda Mencintai Seseorang

Posted by arena at 6:47 AM 0 comments
DUA BELAS:
Anda selalu bergayut dengan si dia sehingga larut malam dan apabila anda tidur anda masih fikir akan dia.

SEBELAS:
Anda sebenarnya berjalan dengan perlahan apabila anda dengannya.

SEPULUH:
Anda tidak merasa Ok apabila si dia berjauhan.

SEMBILAN:
Anda tersenyum apabila anda mendengar suara si dia.

LAPAN:
Apabila anda melihat kepada si dia,anda tidak nampak orang lain sekitar anda. Anda melihat hanya si dia..

ENAM:
Si dia adalah segala-galanya anda hendak memikirkan.

LIMA:
Anda menyedari yang anda tersenyum setiap masa anda melihat kepada si dia.

EMPAT:
Anda akan melakukan sesuatu untuk berjumpa si dia.

TIGA:
Manakala anda semasa membaca ini, terdapat seseorang dalam fikiran anda sepanjang masa.

DUA:
Anda telah begitu sibuk memikirkan si dia sehingga anda tidak perasan yang no TUJUH adalah tiada.

SATU:
Anda akan memeriksa semula di atas jika yang adalah benar dan kini anda akan tersenyum sendiri..

vacation at ganu...

Posted by arena at 6:16 AM 0 comments
10 hingga 15hb dis selesai sudah aturcaraku ke kenduri si along di terengganu. amat2lah hepinya bercoti di ganu. berjalan sakan. siap bermalam kat chalet bakar bbq lagi ditemani angin malam dan deruan ombak yang mengganas. best berkumpul dengan kawan2 lama setelah sekian lama tak berkumpul. jumpa dayan, ain, ami n along membe2 di ukm dulu. puas rasanya selama 4 hari buat berjumpa. habis pantai2 kami tawaf. macam2 gaya dah berposing. aku takla minat sangat bergambar pun terpaksa bergambar banyak2 jugak. macam2la kanak2 ribena tu...















di pantai dekat masjid terapung








pemandangan yang amat mengasyikkan

























aksi2 ganas dari kami yang ketandusan ketenangan

hanya untuk berkongsi...

Posted by arena at 6:09 AM 0 comments
seseorang menghantar kepadaku....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang
paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.