Monday, July 27, 2009

senyum..senyum..isk..isk...

Posted by arena at 9:43 PM 0 comments
khamis...
tak sabar rasanya menanti kedatangan insan kesayangan aku ke penang ni...
aku kangan sama kamu...

jumaat...
aku kuar jalan2 dengan membe. buat urusan ketanya. ok jugak bz2 takla ingat n rindu sangat.
malam aku balik ke rumah n rehat2..agak bengang sebab dia kata dia masih dalam bus ke putrajaya lagi dari tempat kursus. huh..berjam2..aku dah tensen. bila dia nak naik bus jumpa aku kat sini kalu dia masih di sana. geram2...
9.10 malam...aku dapat panggilan dia. dia kata dah ada di stesen bus sg nibong. suh aku p amek. biar betul mamat nih. terkujat jugak aku. takkan dah ada kat penang kot. bukan apa, perancangannya esok pagi. dalam percaya tak percaya aku berharap jugak. hehe...aku kuar p sg nibong, sah memang dia dah sampai penang. huhu..sabar ja..nasibla aku takda sakit jantung. lama dah kiok wat gitu. tapi apapun aku hepiiiiiiii....

sabtu, ahad....
hari2 yang bahagia...
aku hepi sangat2...yela, kan sekali sekala jumpa...
makan2, tengok wayang, jalan2...waduh2...indah sekali dunia...














upacara makan2 di seoul garden

isnin...
hari yang tidak ditunggu2 tiba jua...
dia dah nak balik. huhu...sedey...
bus kul 5.30pm. paling lewat yang boleh diambil. aku hanya menahan sebak di dada...
masa bus gerak, aku mantain lagi. elok masuk dalam keta, huwaaaaa........tanpa dapat ditahan2...
beberapa jam juga aku begitu. kepala mula berdenyut2 n sifat kemalasan memang amat ketara...
aku kangan sama kamu mas....huwaaa........
terflashback kenangan beberapa ari yang indah2 belaka. tiba2 keseorangan balik. lonely...i'm ms lonely...

Thursday, July 23, 2009

homesick...

Posted by arena at 9:09 PM 0 comments
simptom2 homesick ni selalunya berlaku di kala umo kebudak2an, keremaja2an, tapi aku di kala umo dah menjangkau 26 tahun! huhu...apa kes...dah boleh bergelar mak budak dah. tapi aku masih single..hurm....
gejala homesick ni terjadi pada aku semenjak beberapa bulan aku duk berulang alik dari umah ke penang. aku ni ala2 freelance la. keja tak terikat waktu.hehe..bila aku menyewa kembali di penang, rasa tak betah. malas nak fikir makan adalah faktor utama yang membuatkan aku pecut balik rumah. lagipun bagi aku dah takda sapa2 lagi di penang ni yang penting dalam idup aku. semua hanya persinggahan yang tak menjanjikan apa2.
sekarang nak tinggal di rumah sewa sehari pun ibarat cacing kepanasan. tak senang duduk. bertafakur dulu dalam kereta pk nak balik ke tak. dalam kepala ada bayangan rumahku syurgaku ja. huhu...teruk sungguh keadaan aku. emosi yang sungguh tidak stabil. mungkin semakin tua aku jadi semakin kritikal.
rumah sewaku sekarang okla. kawan2 ramah. mesra alam juga la. tapi aku teringatkan pokok2 aku di rumah..kamar mandi..kamar beradu...waduh2...seksa benar rasanya..sehari tak balik umpama seminggu. rasanya seumur hidup belum pernah aku alami macam ni.
rasa nak cari keja dekat dengan rumah, habiskan study cepat2, tak payah kawen, duk kat umah dengan family aja...hurm...

Friday, July 10, 2009

dugaan...

Posted by arena at 2:03 AM 0 comments
sabar...satu perkataan keramat bagi aku beberapa hari ni.
beberapa hari yang lepas, aku telah dihadapkan dengan satu hal yang serius dan berat. kukira begitulah. aku dibebankan dengan tanggungjawab. ya, itu aku akui silap aku. tapi wpun aku khilaf dalam melaksanakan tanggungjawab aku, tapi mereka2 takda hak untuk menghukum aku dengan tuduhan2 yang tak berasas. tuduhan yang sama sekali menjatuhkan dan mencemarkan maruah aku. namun entah kenapa aku tidak bangkit mempertahankan diri. panjang ceritanya...
namun, aku percaya ada hikmahnya. di saat ini aku mengenali siapa kawan dan siapa lawan. ku kira kawan harus percaya kepada kawannya. jadi mungkin di situ proses penapisan terjadi. di sebalik yang buruk, pasti terselindung perkara yang baik namun selalunya terselindung kerana kesedihan dan tekanan menghadapi yang buruk itu.
aku tak bangkit untuk mempertahankan diri bukan kerana aku salah. tapi mungkin setelah di hukum tak perlu lagi memberi penjelasan. aku percaya kalaupun aku bagi penjelasan, hukuman telah dijalankan. tiada apa yang berubah.
di sebalik yang terjadi aku belajar mengenali manusia dan mungkin kita perlu ada sikap pentingkan diri sendiri walaupun sedikit. manusia sukar dipercayai sebenarnya. tapi tak wajar juga aku menghukum semua orang atas sifat buruk segelintir orang. Tuhan maha mengetahui...jadi kenapa perlu takut jika semua tuduhan itu tidak benar kan?
mungkin juga aku sukar untuk menerima hakikat kenapa ada segelintir orang mampu bersikap sedemikian. tak tercapai dek akal aku rasanya.
apapun pengalaman ini sedikit sebanyak mengajar aku dalam menjalani kehidupan ni. aku ambil sebagai iktibar sebab aku yakin masih ramai di luar sana yang boleh dipercayai...aku mungkin berharap yang nama baik aku akan dapat dibersihkan dan mereka2 itu dapat melihat kebenarannya suatu hari nanti. kepada manusia2 yang mengajar aku erti hidup itu aku ucapkan terima kasih banyak2...semoga kita tidak berjumpa lagi di kemudian hari...