Friday, July 10, 2009

dugaan...

Posted by arena at 2:03 AM
sabar...satu perkataan keramat bagi aku beberapa hari ni.
beberapa hari yang lepas, aku telah dihadapkan dengan satu hal yang serius dan berat. kukira begitulah. aku dibebankan dengan tanggungjawab. ya, itu aku akui silap aku. tapi wpun aku khilaf dalam melaksanakan tanggungjawab aku, tapi mereka2 takda hak untuk menghukum aku dengan tuduhan2 yang tak berasas. tuduhan yang sama sekali menjatuhkan dan mencemarkan maruah aku. namun entah kenapa aku tidak bangkit mempertahankan diri. panjang ceritanya...
namun, aku percaya ada hikmahnya. di saat ini aku mengenali siapa kawan dan siapa lawan. ku kira kawan harus percaya kepada kawannya. jadi mungkin di situ proses penapisan terjadi. di sebalik yang buruk, pasti terselindung perkara yang baik namun selalunya terselindung kerana kesedihan dan tekanan menghadapi yang buruk itu.
aku tak bangkit untuk mempertahankan diri bukan kerana aku salah. tapi mungkin setelah di hukum tak perlu lagi memberi penjelasan. aku percaya kalaupun aku bagi penjelasan, hukuman telah dijalankan. tiada apa yang berubah.
di sebalik yang terjadi aku belajar mengenali manusia dan mungkin kita perlu ada sikap pentingkan diri sendiri walaupun sedikit. manusia sukar dipercayai sebenarnya. tapi tak wajar juga aku menghukum semua orang atas sifat buruk segelintir orang. Tuhan maha mengetahui...jadi kenapa perlu takut jika semua tuduhan itu tidak benar kan?
mungkin juga aku sukar untuk menerima hakikat kenapa ada segelintir orang mampu bersikap sedemikian. tak tercapai dek akal aku rasanya.
apapun pengalaman ini sedikit sebanyak mengajar aku dalam menjalani kehidupan ni. aku ambil sebagai iktibar sebab aku yakin masih ramai di luar sana yang boleh dipercayai...aku mungkin berharap yang nama baik aku akan dapat dibersihkan dan mereka2 itu dapat melihat kebenarannya suatu hari nanti. kepada manusia2 yang mengajar aku erti hidup itu aku ucapkan terima kasih banyak2...semoga kita tidak berjumpa lagi di kemudian hari...

0 comments on "dugaan..."

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca