Thursday, July 23, 2009

homesick...

Posted by arena at 9:09 PM
simptom2 homesick ni selalunya berlaku di kala umo kebudak2an, keremaja2an, tapi aku di kala umo dah menjangkau 26 tahun! huhu...apa kes...dah boleh bergelar mak budak dah. tapi aku masih single..hurm....
gejala homesick ni terjadi pada aku semenjak beberapa bulan aku duk berulang alik dari umah ke penang. aku ni ala2 freelance la. keja tak terikat waktu.hehe..bila aku menyewa kembali di penang, rasa tak betah. malas nak fikir makan adalah faktor utama yang membuatkan aku pecut balik rumah. lagipun bagi aku dah takda sapa2 lagi di penang ni yang penting dalam idup aku. semua hanya persinggahan yang tak menjanjikan apa2.
sekarang nak tinggal di rumah sewa sehari pun ibarat cacing kepanasan. tak senang duduk. bertafakur dulu dalam kereta pk nak balik ke tak. dalam kepala ada bayangan rumahku syurgaku ja. huhu...teruk sungguh keadaan aku. emosi yang sungguh tidak stabil. mungkin semakin tua aku jadi semakin kritikal.
rumah sewaku sekarang okla. kawan2 ramah. mesra alam juga la. tapi aku teringatkan pokok2 aku di rumah..kamar mandi..kamar beradu...waduh2...seksa benar rasanya..sehari tak balik umpama seminggu. rasanya seumur hidup belum pernah aku alami macam ni.
rasa nak cari keja dekat dengan rumah, habiskan study cepat2, tak payah kawen, duk kat umah dengan family aja...hurm...

0 comments on "homesick..."

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca