Wednesday, January 7, 2009

cara menjadikan kelas lebih menarik

Posted by arena at 8:31 PM 0 comments
tahun 2009 dimulakan dengan mengajar
jadi aku tercari2 kaedah ataupun cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pelajar menjadi bosan
antara yang dapat dicari :
1) permainan kad
cthnya kata kerja : lukis atas kad, pilih, dan minta pelajar teka dan buat ayat
boleh jugala kalau nak bagi hadiah. bergantung pada bajet

2) pop kuiz
bahagikan antara kumpulan dan sediakan soalan2 yang berpatutan
hadiah juga...aduhla...kopak cikgu macam ni

3) bangun dan baca perenggan demi perenggan
yang ini biasala dan boleh betulkan sebutan
juga mengelakkan pelajar dari tidur

4) cabutan malang
tulis nama pelajar atas kad
suruh pelajar lain cabut
dan kemukakan soalan kepada rakan yang kena
kalau tak boleh jawab
bagi hukuman!!! hehe...

hari pertama...

Posted by arena at 5:52 PM 0 comments
dalam hidup mesti ada permulaan
hari pertama dilahirkan...
hari pertama merangkak...
hari pertama berjalan...
hari pertama persekolahan...
dan juga hari pertama menulis blog....

setiap permulaan membawa seribu satu kenangan
sama ada pahit ataupun manis
ada yang mampu kita kenang n ada juga yang dah lama dilupakan
contohnya hari pertama persekolahan...
aku sendiri dah tak ingat apa terjadi pada hari pertama persekolahan
sudah 19 tahun berlalu...
mungkin diiringi tangisan bila mak tinggalkan di tadika tu
ataupun mungkin tersenyum bila mendapat kawan2 baru...
kawan2 bagaimana? ada yang masih ingat tak?

kita sering mengingat kepada kenangan
tak salah mengenang
cuma kalau keterlaluan, boleh saja membuatkan kita alpa
asyik dengan kenangan hingga satu apa tak menjadi
kalau kenangan pahit, bisa2 membuahkan dendam yang berterusan
tak elok....
cuma merosakkan diri sendiri

usia kita makin meningkat hari demi hari
banyak perkara yang dilalui dan banyak perkara yang perlu dilakukan
terutama sekali perkara yang paling mewarnai hidup kita..CINTA...
indah sekali bila mengenal cinta
perit sekali bila putus cinta
namun manusia tidak boleh bergantung hidup kepada cinta sesama kita sahaja
perspektifnya luas amat dan cinta yang abadi tentu sahaja kepada Pencipta bukan?

kita dikurniakan akal untuk berfikir
kita mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk
kita lalui segala-galanya untuk dijadikan pengalaman,
untuk dijadikan sandaran,
dan untuk dijadikan pedoman serta panduan supaya dapat melalui hidup yang lebih baik pada masa akan datang....

selamat berjaya kepada semua
azam 2009 cuba2lah jayakan ya...