Tuesday, September 8, 2009

pertengahan puasa...

Posted by arena at 10:22 PM 0 comments
hari ini dah hari ke-19 kita berpuasa. macam sekejap ja rasanya. tapi di pertengahan puasa ni rasa letih beno. penat aja rasanya. orang kata kalau masuk hari ke 15 tu memangla agak mencabar berpuasa ni. mungkin kot.
aku sudah mula membuat kuih raya beberapa hari yang lepas. tempahan2 yang tak berapa nak banyak tu kan. tapi memang cukup meletihkan bagi aku yang baru mula belajar ni. tahla untung ke tak aku pun taktau. yang aku tau buat bagi siap ja. dahla aku ni spesies pemalas sikit. huhu...kuih yang dibuat antaranya cornflakes madu( memang menguji kesabaran), biskut nescafe, biskut makmur dan biskut mazola. kebanyakannya daya usaha kakak aku tu. bukannya aku. haha...sampai ke hari ini masih ada setengah lagi tempahan yang perlu aku selesaikan. kenala merajin2 kan diri...