Saturday, August 8, 2009

exam...

Posted by arena at 7:35 AM
tamat sudah exam ptd aku ari ni. seperti biasala memang memeningkan kepala tapi hantam sajala. kelmarin rajin jugak aku study sampai pukul 2 pagi. tapi apapun kira last minit gakla tuh. hehe....
bahagian2 lain aku rasa ok jugakla. tapi yang agak tak puas hati tu esei bahasa inggeris la. dalam kepala rasa berlegar2 ja idea tapi bila nak diluahkan, tak terluah dengan perkataan. huhu...almaklumla aku tak bijak sangat bahasa2 mat saleh ni. apapun harap2 lulus la kali ni. aku takut aku akan meningkatkan kadar pengangguran di malaysia ni aja. hurm...
pagi tadi pegi sempat sesat lagi. elok2 3 minit sebelum exam mula aku sampai. syukurla...bila sampai mata melilau gak mencari insan2 yang dikenali. ada waktu terluang aku keluar dari dewan. sapa sangka jumpa sorang x-classmate aku kat situ. tapi malangnya dia begitu sibuk sekali. langsung tak sempat bertegur sapa. ingatkan nak makan thari sekali memandangkan aku takda geng tapi takda harapanla....
kuar rehat nak makan aku taktau nak g mana. melilau sekejap. tengok2 jumpa ngan x-skolmate aku dulu. huhu...jodoh2..dia pun taktau nak p mana. kebetulan sangatla tu. kami pun keluar makan bertiga. tah nak p mana, singgah di kfc ajala. siap membaham, balik sekolah carik surau. penin2 kejap nak solat di mana memandangkan sekolah mat saleh. tapi ada jugak surau. lega2...
balik jemming lak kat jeti. lambat la sampai umah. sampai kawasan umah plak pasar malam. adehla, sure tak dapat parking. susah2....parking dalam dulula. pastu obah.....

0 comments on "exam..."

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca