Tuesday, October 13, 2009

sifat buruk tak mudah dikikis

Posted by arena at 12:13 PM
cemburu satu perkataan yang aku kira agak sinonim dengan kaum hawa la. aku sendiri pun punya perasaan cemburu yang agak kuat jugak tapi mungkin aku tak berapa nak tunjuk. tapi kadang2 yang bahayanya bila perasaan tu tak ditunjuk, ia akan jadi membekas di hati dan boleh membuatkan aku bertindak balas di luar jangkaan. kadang2 aku kumpul2 hingga akhirnya seolah2 menjadi macam misi membalas dendam. even pada orang yang aku sayang sekalipun kan. bila dah membusung dalam hati tu, dendam tetap perlu dilunaskan. macam dah tak kisah apa nak jadi pun lantakla. yang aku tau aku nak orang tu faham aku dan pandai2la cari cara camna nak redakan marah aku tu. kalu tak reti, pandai2la tanggung akibatnya. huhu...
kadang2 juga aku cuma nak belakon ja jadi macam tu tapi terbawa2. mungkin terlebih menghayati kot sehinggakan aku rasa aku betul2 menjadi seperti dalam situasi tu yang membuatkan aku nak bertindak macam yang aku lakonkan. mungkin satu cabaran barangkali. aku punya sifat ego yang membuatkan aku tak mudah tunduk dan aku nak orang tunduk pada aku. sifat yang buruk tapi seolah2 satu kemegahan. kadang2 bukan apa, mungkin itu bukti betapa aku penting terhadap orang yang penting bagi aku. hurm...kadang2 juga aku terasa seperti nak bertindak kejam dan seolah2 mencabar orang yang berinteraksi dengan aku tu. untuk membuatkan dia membuktikan sesuatu yang aku nak dia buktikan. memang tak bagus tapi agak memuaskan hati. aku mencari seorang yang memahami. aku mencari seorang yang sanggup berkorban segala-galanya kerna aku tahu aku jenis yang sanggup berkorban segala-galanya hatta nyawa sekalipun. mungkin itu tujuannya aku perlu bukti aku memilih sesuatu yang tepat dalam hidup aku...

0 comments on "sifat buruk tak mudah dikikis"

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca