Friday, April 23, 2010

dramatik + ganas

Posted by arena at 8:50 AM
alkisah seminggu sebelum ini aku n pakcik sangatla baiknya. tup2 sehari selepas itu hingga 5 hari kemudiannya dia menyepi. aku yang ala2 prihatin ni memang toksah nak cakapla risaunya. buleh dikatakan sehari memang banyak kali kol la. langsung tak berjawab2. selama bertahun2 ni memang aku maklum dengan sifatnya yang kadang2 suka menyepi. mood on and off (cam p'puan la plak kan..) disebabkan bila dia off tu la yang selalu meletuskan perang dunia yang entahla sampai keberapa kalinya. mungkin dia adalah manusia paling pelik yang penah aku jumpa namun aku juga yang sangkut padanya.

sambung balik kisah tadi. setelah 5 hari aku cuba menghubungi ofisnya. satu tindakan yang tak penah aku buat. pun tak berjawab. hingga akhirnya memaksa aku untuk menelepon kawan seopisnya. aku tau dia tak suka benda2 camtu. tapi entahla..
agak membengangkan bila kawannya tu bagitau dia ok ja. takda masalah. elok sihat walafiat terpacak di situ. dapatla aku bercakap dengannya. tapi aku ni pun satu hal jugak. jenis manusia mudah melenting. tau nak marah aja. yela, sapa tak marah kan bila dibuat camtu. cam kita ni tak penting sampai takda inisiatif nak inform apa2pun kan. zaman skang teknologi canggih. hp taktau lepas ke mana, emel kan ada. public bersepah. antara nak ataupun tak aja. yang aku tau dari dulu dia memang jenis tak bersungguh kalau benda dia tak minat nak buat. memanjang takda mood. pastu kata nak kol aku balik. memang aku bagi limit. dah takleh nak kol lepas limit tu, terus wat bodo aja. adeila...bertambahla percikan bunga api dalam ati aku ni.

perempuan actually marah sekejap ja kalau kena dengan cara pujuknya. masalahnya pakcik ni tak reti nak memujuk dan aku hendak dipujuk. arghhh...memang tension sangat. perancangannya minggu ni memang aku akan ke selangor. memandangkan dah seminggu dia tak amek tau langsung makanya dia pun taktau aku dah ada di sini. amatlah menyedihkan. sungguh aku tak boleh terima...

semalam, aku dah ada di selangor. pagi2 lagi dah terpacak di sini. hati menahan aja. buat taktau...buat taktau...tapi entah kenapa sampai malam rasa tak tertahan sangat dah. entah apa yang merasuk aku memandangkan aku tau rumah sewa dia di mana dan dia pernah berpesan andai ada apa2 aku tau di mana nak cari dia, akhirnya aku sampai ke sana. entah perasaan aku berbaur sampai tahap apa akupun taktaula bila aku pegi ketuk rumah bujang2 sendirian malam2. gilakah aku?? satu lagi kerja gila yang aku buat sepanjang mengenali dia...namun, pencarian aku tak berhasil bilamana dia tiada di rumah hingga membuatkan aku terpaksa menunggu dengan taktau bila dia akan balik. mujur takla lama sangat. muka dia entahla bengang tahap apa bila nampak aku. terkejut jangan cakapla kan. aku pulak kelu taktau nak cakap apa. kemarahan mungkin dah sampai kepala masa tu. senyap....

port pergaduhan adalah di bawah rumah. aku tau dia risau kawan2 dia mengintai. jaga statusla katakan..kadang2 aku kecewa sangat dengan sikap dia yang pada aku memang tak concern tentang hati dan perasaan orang lain. tapi entahla aku masih tak mampu mengubahnya. hati aku semalam usah cerita. kecewa teramat2...tahla hancur lumat sampai tahap mana. nampak tiada kekesalan atau mungkin dia tak pandai menunjukkan perasaan. nyaris aku bertindak ganas namun masih ada kewarasan. hingga akhirnya kecewa sangat, aku berjalan pergi. dengan muka tembok setebal 8 inci masih boleh dia ikut aku. (bagusla. memang aku harap camtu pun...) aku tak biasa dengan jalan di situ. nak jalan pi erl pun sesat. memang memalukan. hingga sampai tahap aku geram, aku kejar dia n rasa cam nak baling kasut pun ada. entah kenapa ganasnya aku sampai tahap macam tu.

buat masa ni keputusan aku yang mengikut hati dan geram, aku nak sangat2 putus. tapi hati ni sebenarnya tak merelakan sebab aku masih sayang sangat2. aku masih berharap dia mengambil tindakan yang boleh membuatkan aku terpujuk. entah aku yang melebih atau entah aku perlu macam ni akupun tak tahu la...

saat ini aku rasa teringin sangat nak melalui hari2 biasa kami seperti sebelum ni. amat sayang andai benar semua ni akan berlalu begitu saja. aku ego dan dia pun ego. aku tau tu. tapi pada aku andai buat kesalahan, perlula bertanggungjawab dan perbetulkan kesalahan tersebut walau apa sekalipun yang bakal diterima. tak seharusnya mengelakkan diri dengan pelbagai alasan. atau akukah yang perlu belajar menerima seadanya hingga adakala aku perlu korbankan perasaan dan berlagak seperti tak ada apa2 yang berlaku?

kadang2 aku nekad untuk kuatkan hati. tapi sekejap cuma. yang pasti perasaan sayang dalam hati ni memang tebal dan aku takkan sanggup lepaskan apa jua peluang untuk aku bersama dengan dia. entah apa perlu aku lakukan sekarang aku sendiri tak pasti.

0 comments on "dramatik + ganas"

Post a Comment

ada komentar?
ajukan saja..saya sedia membaca